Friday, July 18, 2014


2. Gambaran Keseluruhan Frog VLE


1.  Memperkenalkan Projek 1Bestarinet

Tuesday, February 24, 2009

PTK 2009

Sukatan PTK 2009

SUKATAN PEPERIKSAAN PTK, BAHANGIAN 1(KOMPETENSI KHUSUS)DG44-TK3

1.3 PERLAKSANAAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI
Perdana Menteri akan mencadangkan:
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010 dan Dasar Wawasan Negara yang bertujuan menyediakan objektif pembangunan negara dan dasar yang akan dilaksanakan dalam dekad ini sebagaimana terkandung dalam Kertas Perintah Bil. 11 Tahun 2001;

* bahawa dalam meluluskan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan Dasar Wawasan Negara, setiap lapisan rakyat Malaysia dikehendaki berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan yang gemilang dalam menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara yang semakin meningkat pada masa hadapan dan bersatu dalam usaha membangunkan sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya saing. "


Dalam penggubalan RRJP3, Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai oleh 154 orang ahli telah ditubuhkan, mewakili pelbagai kumpulan masyarakat. Keupayaan mereka menyiapkan laporan telah membolehkan Kerajaan memberi pertimbangan mengenai pandangan yang dikemukakan sebelum menggubal rancangan ini. Sungguhpun tidak semua perakuan yang dikemukakan itu diterima, tetapi Kerajaan secara ikhlas dan jujur telah memberi pertimbangan dengan teliti ke atas semua perakuan mereka.
Pendidikan menjadi fokus utama dalam RRJP3, 2001-2010.
-Universiti awam akan disusun semula untuk dijadikan universiti penyelidikan, sehubungan dengan itu, program ijazah lanjutan akan ditingkatkan untuk mencapai matlamat 25% bilangan graduan ijazah lanjutan daripada jumlah graduan menjelang 2010.
- Bagi meningkatkan tahap kecekapan guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat, mereka digalakkan untuk memperoleh ijazah sarjana atau ijazah dalam bidang pendidikan.Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursusu latihan dan program pendidikan melalui internet dan media ICT, termasuk penubuhan universiti terbuka serta pendidikan jarak jauh. Sekolah juga akan dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi interaktif multimedia dan laman web.
- Bagi sekolah-sekolah di kawasan terpencil, teknologi komputer mudah alih tanpa wayar akan diperuntukkan supaya guru-guru dan murid-murid di kawasan yang kekurangan sumber elektrik menikmati kemudahan ICT.
- Kerajaan juga akan menawarkan saintis dan ahli teknologi pengajaran dan pembelajaran kepada 77,640 orang dengan nisbah 7:10000 memandangkan permintaaan terhadap kakitangan TMK meningkat dalam RRJP3.
-Nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera akan dipercepatkan, dengan berbagai program. Tujuannya ialah mengalakkan lebih ramai pelajar untuk belajar sains bagi melahirkan keperluan tenaga manusia dalam bidang kerja seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, senibina, ICT, pendidikan sains dan bidang penyelidikan.

WAWASAN 2020

MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA IALAH MENJADIKAN MALAYSIA “.. SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI” DAN “... PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 ... MENURUT ACUAN KITA SENDIRI ...”.
-KEMAJUAN YANG DIMAKSUDKAN MELIPUTI ASPEK EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, KEROHANIAN DAN
SEKTOR KEBUDAYAAN







CABARAN 2020

Saturday, February 21, 2009

Cerita Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.

“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.

“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.

“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.

“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.

“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.

“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.

Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.